Tuesday, 17 January 2012

Selamat Datang dan Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada semua...


First of all,  Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.. Rasanya masih belum terlambat kan untuk saya mengucapkanSelamat Tahun Baru kepada semua..

Walaupun hari ini sudah masuk hari ke-18 dalam tahun 2012, namun masih sempat lagi kan untuk bertanya tentang azam baru.. Btw apa azam tahun ini ye? Sebut tentang azam nie kan, saya teringat azam tahun-tahun sudah yang rasanya tak sempat pun tercapai.. hehe.. apa pun yang pasti, tahun ini saya akan lebih serius dan fokus dengan apa yang saya ingin lakukan.. InsyaAllah semoga apa yang diimpikan akan terlaksana tahun ini..

Ok la.. beralih ke topik lain pula. sebenarnya dah lama saya tidak aktif melibatkan diri dalam blogging nie.. kali terakhir dulu pada tahun 2009.. wah dah 2 tahun rupanya meninggalkan dunia blogging nie.. masa tue selalu la update tentang makan-makan dan trip lawatan kerja (a.k.a bercuti sekali la..kehkehkeh).. maklum saja la saya nie memang pun suka makan dan mengambil gambar-gambar makanan.. tapi tiba-tiba malam tadi terfikir nak blogging balik.. so apa lagi bersilat la malam tadi buka segala macam buku membuat blog dan bisness internet nie.. nasib baik la masih tersimpan rapi di rak buku dan hari ini misi untuk update blog telah kembali..!! hehehe..

Harapan saya agar blog ini dapat dijadikan medium untuk saya berkongsi tentang aktiviti harian ini dan paling penting, perniagaan coklat saya dapat memenuhi impian majlis anda.. tidak kira sama ada sebagai cenderahati kepada yang tersayang, majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan mahupun hantaran majlis pertunangan dan pernikahan. Jadi, sudi-sudilah kiranya anda mengunjungi laman blog Chamomile-Delight.Com serta memberi komen dan pandangan..

Semoga berjumpa di post seterusnya dan sekali lagi Selamat Tahun Baru 2011~

No comments:

Post a Comment