Wednesday, 18 January 2012

Coklat untuk anak saudara tersayang

Hi.. Selamat bertemu kembali.. semoga semua sihat dan happy hari ini..

Coklat-coklat dibawah ini dihasilkan khas untuk anak-anak saudara tersayang yang memang sukakan coklat.. Coklat ini adalah antara yang menjadi pilihan kanak-kanak sebab ia berwarna-warni dan mudah dipegang.. Cuma end product tak siap lagi sebab belum di bungkus cantik..


Coklat lolipop bentuk matahari, rama-rama, bunga dan ladybird



Coklat Bunga Ros Oreo



Coklat Bunga Ros kecil berperisa Mint


Coklat Bunga Ros yang baru je siap deko


Sungguhpun finishing tak berapa cantik, tapi rasanya sangat sedappp.. hehe.. kena cuba makan baru tahu rasanya kan.. Coklat berperisa nie bila digigit dapat rasa mint dan strawberry tue.. Coklat ni sangat comel dan kiut, sesuai dijadikan cenderahati untuk pelbagai majlis.. 

Jadi apa ditunggu lagi? Untuk pesanan dan pertanyaan sila hubungi chamomile.delight@gmail.com dengan segera

Tuesday, 17 January 2012

Selamat Datang dan Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada semua...


First of all,  Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.. Rasanya masih belum terlambat kan untuk saya mengucapkanSelamat Tahun Baru kepada semua..

Walaupun hari ini sudah masuk hari ke-18 dalam tahun 2012, namun masih sempat lagi kan untuk bertanya tentang azam baru.. Btw apa azam tahun ini ye? Sebut tentang azam nie kan, saya teringat azam tahun-tahun sudah yang rasanya tak sempat pun tercapai.. hehe.. apa pun yang pasti, tahun ini saya akan lebih serius dan fokus dengan apa yang saya ingin lakukan.. InsyaAllah semoga apa yang diimpikan akan terlaksana tahun ini..

Ok la.. beralih ke topik lain pula. sebenarnya dah lama saya tidak aktif melibatkan diri dalam blogging nie.. kali terakhir dulu pada tahun 2009.. wah dah 2 tahun rupanya meninggalkan dunia blogging nie.. masa tue selalu la update tentang makan-makan dan trip lawatan kerja (a.k.a bercuti sekali la..kehkehkeh).. maklum saja la saya nie memang pun suka makan dan mengambil gambar-gambar makanan.. tapi tiba-tiba malam tadi terfikir nak blogging balik.. so apa lagi bersilat la malam tadi buka segala macam buku membuat blog dan bisness internet nie.. nasib baik la masih tersimpan rapi di rak buku dan hari ini misi untuk update blog telah kembali..!! hehehe..

Harapan saya agar blog ini dapat dijadikan medium untuk saya berkongsi tentang aktiviti harian ini dan paling penting, perniagaan coklat saya dapat memenuhi impian majlis anda.. tidak kira sama ada sebagai cenderahati kepada yang tersayang, majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan mahupun hantaran majlis pertunangan dan pernikahan. Jadi, sudi-sudilah kiranya anda mengunjungi laman blog Chamomile-Delight.Com serta memberi komen dan pandangan..

Semoga berjumpa di post seterusnya dan sekali lagi Selamat Tahun Baru 2011~